Monday, December 19, 2016

Entry 27 : DOA MEMULAKAN PEKERJAAN

Teks: Suhaini Saperan

Sumber Foto: Suhaini Saperan

Assalammu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 
Syukur Alhamdullilah.

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Sekelian Alam. Selawat Serta Salam Buat Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW Keluarga Serta Para Sahabat Dan Pengikut Yang Istiqamah Menuruti Baginda Hingga Ke Hari Kiamat.

Bismillah

Ya ALLAH, Bahawa Sesungguhnya Kami Memohon Ke Hadrat Mu Mendapatkan Seluruh Kebaikan Di Sepanjang Hari Ini, Dari Awal Pembukaannya, Dengan Petunjuk Hidayah Mu. Kami Mohon Berlindung Kepada Mu Dari Sebarang Kejahatan Yang Terdapat Pada Hari Ini, Pada Hari Sebelumnya Dan Pada Hari Selepasnya.

Ya ALLAH, Baikpulihkanlah Pegangan Agama Kami, Kerana Agamalah Yang Menjadi Kuasa Pengawal Segala Urusan Hidup Kami. Perbaikkanlah Segala Urustadbir Persoalan Keduniaan Kami, Kerana Di Dalamnya Kami Menjalani Kehidupan Kami. Perbaikkanlah Urustadbir Urusan Akhirat Kami, Kerana Disanalah Destinasi Tempat Kembali Kami. Jadikanlah Penerusan Kehidupan Ini Peluang Penambahan Segala Kebaikan Kami, Dan Kematian Kami Nanti Sebagai Detik Ketika Mendapat Ketenangan Dan Kerehatan.

Ya ALLAH, Jadikanlah Perkhidmatan Dan Pekerjaan Kami, Termasuk Dalam Budaya Kerja Cemerlang, Memenuhi Ciri-Ciri Ubudiyyah, Masuliyyah Dan Itqan, Sebagai Amalan Soleh Yang Mendapat Keberkatan Dan Keredaan Mu.

Ya ALLAH, Jauhkanlah Kami Daripada Sebarang Perbuatan Menyeleweng Sama Ada Penyelewengan Masa, Material Dan Tenaga Sebaliknya Jadikanlah Kami Sebagai Orang Yang Memberi Tumpuan Kepada Kerja Dan Tugas Yang Dipertanggungjawabkan Kepada Kami Kerana Sesungguhnya Kami Amat Takut Kepada Peringatan Balasan Mu Nanti Terhadap Orang-Orang Yang Mengabaikan Tanggungjawab.

Aamiin Ya Rabb.

Salam Qaseh Sayang, Moga Bermanfaat Buat Semua.
Kak Suhaini
Konsultan Qaseh Rawang
0126565630

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...