Thursday, August 11, 2016

Entry 5: Mati Dulu Baru Hidup (Ayat 2 Surah Al Mulk)

Teks: Suhaini binti Saperan


Bismillahirrahmanirrahim. 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Mengapa Allah nyatakan Dia menciptakan mati terlebih dahulu baru menciptakan hidup. Bukan kah kehidupan dulu baru datangnya kematian?
Allah Ta’ala berfirman,

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (QS. Al Mulk: 2)

1) Allah lebih mengiktiraf kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia. Untuk bertemu kehidupan akhirat kita semua perlu 'mati' dahulu barulah mengalami 'hidup' yang kekal.

2) Setelah kembali semula Allah di dalam kehidupan akhirat, barulah amalan kita dapat dihitung. Allah tidak menilai amalan yang banyak namun Allah menilai amalan siapa yang paling baik. Kuantiti vs kualiti.

3) Allah maha perkasa untuk memberi hukum kepada hambaNya yang ingkar, namun Allah maha pengampun kepada hambaNya yang bertaubat.

Bacalah dan hafallah Surah Al-Mulk atau surah Tabarakallazi sebelum tidur setiap malam kerana ia adalah penyelamat daripada azab kubur. Ianya cuma 30 ayat sahaja dan tidak mengambil masa yang lama.
Daripada Ibn Abbas, beliau berkata kepada seorang lelaki: "Mahukah aku hadiahkan kamu dengan sebuah hadith yang akan menggembirakan kamu"? 
Lelaki itu menjawab: Bahkan. Katanya: "Bacalah surah Tabarakallazi biyadihi al-mulk, dan ajarkanlah kepada keluargamu serta semua anak pinakmu, kanak-kanak di dalam rumahmu, serta jiran tetanggamu. Kerana surah ini adalah penyelamat dan juru bicara yang akan berhujah bagi pihak pembacanya pada hari kiamat di sisi Tuhannya. Ia (surah ini) akan meminta kepada Allah supaya menyelamatkan pembacanya daripada azab neraka, dan menyelamatkannya daripada azab kubur. 
Rasulullah s.a.w bersabda: Aku suka surah ini (Surah Al Mulk) berada dalam hati setiap orang dari kalangan umatku.

Salam Qaseh Sayang, Moga Bermanfaat Buat Semua.
Kak Suhaini
Konsultan Qaseh Rawang
0126565630

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...