Monday, December 19, 2016

Entry 27 : DOA MEMULAKAN PEKERJAAN

Teks: Suhaini Saperan

Sumber Foto: Suhaini Saperan

Assalammu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 
Syukur Alhamdullilah.

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Sekelian Alam. Selawat Serta Salam Buat Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW Keluarga Serta Para Sahabat Dan Pengikut Yang Istiqamah Menuruti Baginda Hingga Ke Hari Kiamat.

Bismillah

Ya ALLAH, Bahawa Sesungguhnya Kami Memohon Ke Hadrat Mu Mendapatkan Seluruh Kebaikan Di Sepanjang Hari Ini, Dari Awal Pembukaannya, Dengan Petunjuk Hidayah Mu. Kami Mohon Berlindung Kepada Mu Dari Sebarang Kejahatan Yang Terdapat Pada Hari Ini, Pada Hari Sebelumnya Dan Pada Hari Selepasnya.

Ya ALLAH, Baikpulihkanlah Pegangan Agama Kami, Kerana Agamalah Yang Menjadi Kuasa Pengawal Segala Urusan Hidup Kami. Perbaikkanlah Segala Urustadbir Persoalan Keduniaan Kami, Kerana Di Dalamnya Kami Menjalani Kehidupan Kami. Perbaikkanlah Urustadbir Urusan Akhirat Kami, Kerana Disanalah Destinasi Tempat Kembali Kami. Jadikanlah Penerusan Kehidupan Ini Peluang Penambahan Segala Kebaikan Kami, Dan Kematian Kami Nanti Sebagai Detik Ketika Mendapat Ketenangan Dan Kerehatan.

Ya ALLAH, Jadikanlah Perkhidmatan Dan Pekerjaan Kami, Termasuk Dalam Budaya Kerja Cemerlang, Memenuhi Ciri-Ciri Ubudiyyah, Masuliyyah Dan Itqan, Sebagai Amalan Soleh Yang Mendapat Keberkatan Dan Keredaan Mu.

Ya ALLAH, Jauhkanlah Kami Daripada Sebarang Perbuatan Menyeleweng Sama Ada Penyelewengan Masa, Material Dan Tenaga Sebaliknya Jadikanlah Kami Sebagai Orang Yang Memberi Tumpuan Kepada Kerja Dan Tugas Yang Dipertanggungjawabkan Kepada Kami Kerana Sesungguhnya Kami Amat Takut Kepada Peringatan Balasan Mu Nanti Terhadap Orang-Orang Yang Mengabaikan Tanggungjawab.

Aamiin Ya Rabb.

Salam Qaseh Sayang, Moga Bermanfaat Buat Semua.
Kak Suhaini
Konsultan Qaseh Rawang
0126565630

Friday, December 9, 2016

Entry 26 : 10 AYAT AWAL DAN AYAT AKHIR SURAH AL-KAHFI

Teks: Suhaini Saperan
Sumber Foto: Pakcik Google


Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 
Syukur Alhamdullilah.
Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Sekelian Alam. Selawat Serta Salam Buat Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW Keluarga Serta Para Sahabat Dan Pengikut Yang Istiqamah Menuruti Baginda Hingga Ke Hari Kiamat.



10 AYAT AWAL SURAH AL-KAHFI

10 AYAT AKHIR SURAH AL-KAHFI


Dari Abu Darda’ r.a., Rasulullah SAW bersabda:
"Jika sesiapa belajar dengan 'mata hati' dalam 10 ayat pertama Surah Al-Kahf, dia akan terlindung dari fitnah Dajjal"
(Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a., Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahf pada hari Jumaat maka dia diberi cahaya yang menerangi antara dua Jumaat"
(Hadis Riwayat Al Baihaqi, At-Tabrani, An-Nasai & Hakim)

Dari Abu Darda' r.a., Nabi SAW bersabda,
"Barang siapa membaca 10 ayat terakhir dari surat Al-Kahf, maka ia terlindung dari fitnah Dajjal."
(Hadis Riwayat Ahmad)


Salam Qaseh Sayang, Moga Bermanfaat Buat Semua.
Kak Suhaini
Konsultan Qaseh Rawang
0126565630

Entry 25: ASTAGHFIRULLAH RABBAL BARAYA

Teks: Suhaini Saperan
Sumber Foto: Pakcik Google


Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 
Syukur Alhamdullilah.
Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Sekelian Alam. Selawat Serta Salam Buat Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW Keluarga Serta Para Sahabat Dan Pengikut Yang Istiqamah Menuruti Baginda Hingga Ke Hari Kiamat.


Astaghfirullah Rabbal Baraya
Astaghfirullah Minal Khothoya
Rabbi Zidni Ilman Nafi'a
Wawafiqli Amalan Maqbula
Wa Habli Rizqan Wa-sia
Watub Alaina Taubatan Nasuha.

Aku Memohon Ampun Ya ALLAH, 
Maha Penerima Taubat,
Aku Memohon Ampun Ya ALLAH Daripada Segala Dosa,
Tambahkan Kepadaku Ilmu Yang Berguna,
Berikanlah Aku Amalan Yang Dimakbulkan,
Kurniakan Kepadaku Rezeki Yang Meluas,
Terimalah Taubat Kami Dengan Taubat Nasuha.

Alhamdulillah.

Doa Taubat Yang Syahdu Jika Dihayati Dengan Hati Dan Memahami Maksudnya Sekali. ðŸ˜”
Dalam Mencari Hina Dalam Diri, Jangan Sampai Lupa Rahmat ALLAH Itu Melebihi Daripada Murkanya.

Sebarkan Kebaikan Tanpa Tapi Dan Nanti.
Semoga Keampunan Milik Kita Semua. 
Aamiin.

Salam Qaseh Sayang, Moga Bermanfaat Buat Semua.
Kak Suhaini
Konsultan Qaseh Rawang
0126565630

Thursday, December 8, 2016

Entry 24 : JOM SELAWAT

Teks: Suhaini Saperan
Sumber Foto: Pakcik Google

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 
Syukur Alhamdullilah.
Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Sekelian Alam. Selawat Serta Salam Buat Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW Keluarga Serta Para Sahabat Dan Pengikut Yang Istiqamah Menuruti Baginda Hingga Ke Hari Kiamat.


Amalan Berselawat Secara Teratur Setiap Hari Mampu Membersihkan Kekeruhan Jiwa, Dipermudahkan ALLAH Segala Urusan Dan Mendapat Keampunan Daripada ALLAH Subhanahuwata'ala.



Salam Qaseh Sayang, Moga Bermanfaat Buat Semua.
Kak Suhaini
Konsultan Qaseh Rawang
0126565630

Wednesday, December 7, 2016

Entry : 26 TIPS SIHAT DENGAN KISMIS

Teks: Suhaini Saperan
Sumber Foto: Pakcik Google

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 
Syukur Alhamdullilah.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


Nak jadi sihat, cergas dan otak cerdas? 

Mudah dan murah sahaja. Kawan-kawan hanya perlukan kismis dan air minuman. 

Ikutlah langkah ini: 

1. Tuangkan air minuman ke dalam gelas sebelum tidur. 


2. Rendam 21 biji kismis dalam air minuman tersebut semalaman.



3. Mulakan dengan bacaan Bismillah dan Selawat, Minum air rendaman dan makan kismis itu keesokan paginya sebelum makan sarapan.

Amalkan setiap hari untuk mendapatkan tubuh yang cergas, minda yang cerdas dan mata yang sihat!



Salam Qaseh Sayang, Moga Bermanfaat Buat Semua.
Kak Suhaini
Konsultan Qaseh Rawang
0126565630

Entry 25 : H A T I


Teks: suhainisaperan.com
Sumber Foto: Pakcik Google

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.  
Syukur Alhamdullilah. 

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
  
Saat ALLAH mencintai seseorang
tempat pertama menerima sentuhan itu adalah
HATI.
 
Disitulah ALLAH
melenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan
akibat dosa mereka, kemudian berganti dengan harapan dan keinginan untuk berubah
menjadi insan berjiwa bersih.

Hati ini seolah berbisik.
"Aku Tahu Bila ALLAH Mencintaiku,
Iaitu Saat Aku Membenci Segala Kejahatanku.
ALLAHU RABBI.
  

Moga ALLAH SWT redha dgn apa jua yang diusahakan hanya keranaNya.

Aamiinnn.


Salam Qaseh Sayang, Moga Bermanfaat Buat Semua.
Kak Suhaini
Konsultan Qaseh Rawang
0126565630

Thursday, November 17, 2016

Entry 24: SEMAKAN KEPUTUSAN UPSR 2016 SECARA ONLINE

Teks: Suhaini binti Saperan
Sumber Foto: Laman Web KPM


Bismillahirrahmanirrahim. 

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 

Syukur Alhamdullilah.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


Hari Ini Hari Mendebarkan Ibu Ayah Dan Anak-Anak Yang Akan Mengambil Keputusan UPSR Sebentar Sahaja Lagi. (Blog Ini Ditulis Pada Jam 9.52 Pagi Tarikh 17 November 2016, Hari Khamis.

Tak Sempat Ke Sekolah Pagi Ni. Akak Check Online Dulu. Jam 12 Nanti Baru Kak Akan Amik Slip Di Sekolah. 







Salam Qaseh Sayang, Moga Bermanfaat Buat Semua.
Kak Suhaini
Konsultan Qaseh Rawang
0126565630
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...